23 September 2015 - 23:54
Pesanan Haji Sayid Ali Khamenei - 2015

Terjemahan Melayu Pesanan Haji Sayid Ali Khamenei tahun 2015

Agensi Berita Ahlul Bati (ABNA24.com) - Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran telah menyampaikan pesanan Haji seperti berikut:

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas penghulu segala ciptaan, Muhamma dan Ahlul Bait baginda, para sahabatnya
yang terpilih dan orang yang mengikuti mereka sehingga hari pembalasan.

Salam ke atasmu wahai Kaabah yang suci, paksi ketauhidan, pusat tawaf orang beriman dan pengkalan para malaikat. Salam ke atasmu Masjidil
Haram, Arafah, Mash'ar dan Mina. Salam ke atas hati yang tawadhu, lidah yang berdoa, mata yang berwawasan, dan minda yang bijaksana. Salam ke
atasmu para jemaah Haji yang berbahagia, yang memanfaatkan peluang untuk menyahut panggilan suci, termasuk mereka yang berhimpun di sekitar
perjamuan yang diberkati.

Tanggungjawab pertama ialah pertimbangan global, sudut sejarah dan panggilan abadi ini, "Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan kekuasaan adalah
milikMu. Tidak ada sekutu bagiMu, aku menaatiMu." Ini adalah prospek yang disampaikan kepada jemaah Haji dalam fasa pertama tanggung jawab
bermakna dan penting. Penerusan ritual ini dilakukan selaras dengan pandangan ini. Ia dibentangkan kepada jemaah sebagai satu pengajaran yang
kekal dan tidak dapat dilupakan, selain mereka diminta untuk menyelaraskan kehidupan atas dasar tersebut. Meraih dan mengambil tindakan atas
landasan pengajaran besar ini adalah berkat mata air yang menjadi persiraman segar, kehidupan dinamisme dalam kehidupan umat Islam, dan
membebaskan dari penyakit yang merundung mereka dari waktu ini dan setiap waktu.

Berhala itu mementingkan diri, sombong dan berhawa nafsu. Ia menjadi simbol penindasan, idola keangkuhan global, idola kemalasan dan sikap tidak
bertanggung jawab, dan segala idola yang memperkecilkan kehidupan terhormat manusia akan patah dengan tangisan Ibrahimi ini -apabila ia datang
dari jauh dalam hati dan tidak menyumbang dalam konspirasi kehidupan individu tertentu- selain kebebasan, termasuklah maruah dan kesihatan akan
menggantikan pergantungan, kesukaran dan malapetaka.

Wahai saudara dan saudari yang mengerjakan Haji yang berasal dari seluruh bangsa dan negara. Anda perlu berfikir tentang pengajaran dan perkataan
Tuhan ini. Anda perli menentukan tanggung jawab untuk dirimu sendiri dan berusaha melaksanakannya dengan mengambil pandangan yang mendalam
terhadap petaka di dunia Islam - terutamanya di Asia Barat dan Afrika Utara - selain memberikan fokus kepada kapasiti sumber secara peribadi dan di
sekitar anda.

Hari ini, dari sisi lain, dasar ganas Amerika di rantau ini - yang membawa kepada peperangan, pertumpahan darah, kemusnahan, kemiskinan,
kemunduran dan perpecahan puak serta mazhab - dari sisi lain jenayah rejim Zionis yang membawa kepada aksi perampasan di Palestin yang
keterlaluan dengan hati yang busuk dan penuh kejahatan, penghinaan ke atas Masjidil Aqsa yang suci secara berulang-ulang dan penginjakan nyawa
serta harta umat Palestin yang ditindas - adalah isu utama seluruh umat Islam.

Anda harus mempertimbangkan perkara tersebut dan tahu tanggungjawab keislaman anda ke arah itu. Ulama agama ini, tokoh-tokoh politik dan budaya mempunyai tanggung jawab yang lebih berat, namun malangnya mereka tindak peduli terhadap kebanyakan kes.

Selain dari mencucuh api perbalahan mazhab, selain mengambil pendirian pasif terhadap musuh, para ulama, ahli politik dan tokoh-tokoh budaya menyibukkan diri dengan perkara-perkara remeh, mereka sepatutnya mengenalpasti penderitaan dunia Islam dan memenuhi misi tanggung jawab di hadapan Allah.

Peristiwa-peristiwa yang menyedihkan di rantau ini - di Syam, Yaman, Bahrain, Tebing Barat, Gaza dan negara-negara Asia, serta negara-negara Afrika yang lain - adalah derita besar umat Islam. Cap jari keangkuhan global perlu dilihat dalam acara-acara ini, selain mengamati penawarnya. Rakyat perlu meminta kerajaan mereka untuk berbuat demikian dan kerajaan perlu setia kepada tanggung jawab berat yang dipikulnya.

Haji dan perhimpunan yang mengagumkan adalah tempat manifestasi terbaik dan pertukaran tanggung jawab bersejarah ini.

Peluang untu untuk meluahkan pembebasan diri (bara'ah) perlu dihargai dengan pernyertaan semua jemaah haji dari merata tempat di dunia kerana ia adalah salah satu ritual politik yang paling ekspresif dalam tugas menyeluruh ini.

Pada tahun ini, kejadian pahit dan dahsyat yang terjadi di Masjidil Haram menjadi kedukaan buat jemaah haji dan negara mereka. Walaupun si mati yang bergegas kepada Allah ketika berdoa, melakukan tawaf dan beribadah, meraih kebahagiaan besar, walaupun Insyallah mereka sedang berehat di syurga yang aman beserta rahmat Ilahi, sehingga menjadi ketenangan kepada para keluarga mereka, isu ini semua tidak boleh mengurangkan tanggungjawab orang-orang yang komited dalam menjaga keselamatan tetamu Allah.

Bertindak atas landasan komitmen ini dan memenuhi tanggung jawab ialah permintaan kukuh daripada kami.

Maka sejahteralah atas hamba-hamba Allah yang soleh.

Sayyid Ali Khamenei.